Berbicaralah Sang Hati
Pedih..pedih..pedih..
Kesakitan itu mencengkam jiwa..
Kesedihan mula menjadi raja..
Kemarahan tiba merosakkan jiwa..
Kebencian ada menusukkan duri..

Kenapa perlu ada..
Di saat sang hati mula berbahagia..

Penat lelah menepis cemuhan yang membingitkan telinga..
Ingin hati berteriak menyatakan kesakitan itu..
Ingin hati meraung pada alam yang fana bahawa diri ini terseksa..

Wahai anasir-anasir luar..
Janganlah menoreh hati yang sememangnya robek ini..
Janganlah menambahkan kesakitan itu 
Kerana
Kalian tidak mengerti..

Apa guna berkata manis di depan bila di belakang bagaikan pisau yang tajam..
Cuba membelitkan fakta dan memainkan peranan sebagai sang pemusnah..

Dia cuma insan biasa
kenapa perlu membuang dia ke lembah yang menakutkan itu
hingga dirinya menggigil ketakutan..
takut untuk keluar dari kepompongnya

Oh manusia
sedarlah..
dengan menyatakan kesalahan orang tidak membuatkan diri anda selalu betul..
dengan melukakan hati orang tidak akan buat anda tersenyum..
dengan mencemuh orang tidak akan dapat menutup kelemahan anda yang sebenarnya kelihatan!

Labels:

Created by ctridzana