Berperang !
Sekarang Februari sudah..
Jadi secara rasminya bulan ini merupakan bulan peperangan..
Maka pada bulan ini banyak perkara/aktiviti yang perlu dikorbankan..

Selain daripada makin bermesra dengan Encik Lappy..
Guwa juga sudah mula menjalinkan hubungan dengan Encik Printer..
Bukan guwa sengaja hendak menduakan Encik Lappy tapi Encik Printer ialah kembar Encik Lappy..
Kalau tak ada Encik Printer maka tidak bermakna la layanan mesra guwa ke atas butang-butang huruf yang terdapat kat badan Encik Lappy..

Ok oleh sebab lama sudah Encik Printer forever alone..
maka guwa bermurah hati untuk menghidupkan balik organ dalaman beliau..
Bukan senang ok untuk buat anggota dalaman beliau berfungsi terutama sekali dua buah jantung Encik Printer ni..

Ok
Ada sedikit gambar yang guwa curi-curi tangkap masa bermesra dengan Encik Printer..
Well.... sebagai bahan bukti kan..
Nah Saksikanlah..

Nah Ini Dia Encik Printer

Ini Barang-Barang Yang diperlukan untuk Menghidupkan kembali Encik Printer
1. Ink ( Darah Encik Printer)
2. Jarum Suntikan (Bukan Untuk Dadah OK ! )
3. Tisu ( Mengelap darah yang bakal keluar dari En Printer )
4. Panduan untuk menjalankan pembedahan

---------------------------------------------------------------

Pada peringkat ni guwa menghadapi sedikit masalah..
Biasalah kalau perempuan buat kerja2 macam ni..
mengambil masa sedikit..

keadaan guwa masa ni ?
huh jangan ditanya
Hah ! macam ni la rupa guwa masa ni..


Ini Jantung Utama En Printer
Guwa Panggil dia Mr Black
Punya la susah nak suntik dia..
sampai darah dia terpancut-pancut mengotorkan tangan guwa

Ini Pula Jantung Kedua En Printer
Nama dia Mr Colourful
Guwa sangat suka suntik dia..
tapi kalau tersalah ubat..
naya la jadinya..

--------------------------------------------------

Bila semua sudah selesai..
Inilah keputusannya..

It's Alive !
Berjaya...yahuuuu...

Masa tu guwa keluar air mata ok sebab sangat terharu..

Fuh..
dapat juga guwa menikmati peluang bersama dengan Encik Lappy dan En Printer !!

Yang Kurang Stress,
mizs tiara










Labels:

Created by ctridzana