Kau Tumpas Jua Akhirnya
Fuh!!
Betapa leganya diriku kerana bebanan yang aku pikul buat masa ini telah berakhir.
Aku sudah mampu untuk bersorak gembira kerana jari jemari runcing aku telah berjaya menewaskan tugasan esei Matematik dengan berisikan lebih daripada 2000 patah perkataan.

Aku berasa sangat terharu dengan si otak kerana berjaya mencetuskan idea di saat-saat genting aku menyiapkan isi dalam tugasan ini. Kepada si mata juga, terima kasih ya kerana mampu untuk bertahan daripada tewas dengan godaan si tilam yang empuk itu serta tidak kejulingan selepas membaca ayat demi ayat segala bahan yang aku jumpa dari si pemberi maklumat iaitu encik internet dan encik buku. Tidak lupa juga kepada jari jemari aku yang runcing lagi seksi ini kerana mampu untuk menekan butang-butang huruf yang terdapat pada badan Mr Lappy yang hitam lagi menawan ini.

Tapi perjalanan kita belum berakhir kerana hanya isi tugasan yang telah disiapkan tetapi bahagian kepala serta penutupnya belum dimurnikan lagi bak kata RRAM (bukan nama sebenar). Encik printer belum lagi melaksanakan tugasan dia!

Jadi..kisah ini belum berakhir!


Yang Berterima Kasih Seketika,
Mizs Katak Puru

Labels:

Created by ctridzana