Segelas Kopi Pembuka Bicara

***********************************************
Selamat pagi dunia....
Buka mata.....kilauan cahaya matahari di iringi kicauan burung menyambut pagi ku hari ini....sebelum mulakan semua...bersyukur dulu kerana masih berpeluang melihat dunia ciptaan Tuhan yang fana ini...

ok..ok..bagun pagi..kemas katil..heheheh takkan katil anak dara serabai kan...tak pasal-pasal mummy kat rumah bising kalau tahu katil anak dara dia dok macam tongkang pecah..hehehe...lepas tu mesti la mandi...supaya tidak lah diri ku bau yang boleh buat semut pun pengsan kan...

selepas tu apa lagi...ermmm...owh...selepas mandi..sapu bilik...**tunjuk rajin konon** hehehehe..selesai sudah kerja-kerja rumah a.k.a kerja bilik...apa lagi terus lah diriku ini terpacak kat depan lap top acer kesayangan ku..apa tak nya lap top second hand (sebab lap top daddy) yang begitu sabar dan peneman setiaku siang dan malam...

Hidup aku sangatlah tidak sah kalau tak perkenan kopi segelas..entah kenapa aku tidak boleh hidup tanpa kopi ni..mungkin dulu terbiasa dengan kebiasaan daddy yang akan cari kopi dahulu sebelum memulakan hari dia (cari kopi = air kopi yang dah dibancuh ok...bukan serbuk kopi tu) hehehehe...kadang-kadang aku pelik kenapalah setiap perbuatan daddy aku memberi impak yang besar dalam hidup aku kalau berbanding dengan mummy...sah betul seperti peribahasa melayu
"bapak borek, anak rintik" <--betul kew?? kalau salah tolong betulkan..hehehe

ok..sambil minum kopi aku pun pergi la skodeng orang...ehh..jangan salah faham...skodeng FB dan Blog orang ek..bukan skodeng benda yang salah..banyak blog kengkawan yang menarik hati aku...percayalah membaca nukilan orang lain boleh membuka minda kita...yew la bila masa lagi kita lihat sesuatu perkara itu melalui mata dan buah fikirkan orang lain...*seyesly(ni kalau cikgu/ lec bm aku nampak pasti kepala aku kena sekeh) bosan tau kalau hanya lihat atau tafsir sesuatu perkara melalui pandangan kita sahaja..

Selepas penat skodeng blog penulis-penulis yang handal seperti aku **perasan la nie** jadi aku pun memutuskan untuk menulis dan memenuhkan post kat blog aku nie..entah apalah yang aku merapu aku pun tak tahu.. Konon-kononnya mulakan hari ini dengan mencurahkan isi perut..ehhh..salah isi hati kepada sesiapa yang singgah baca blog aku yang agak bosan ini..

Akhir sekali...apa lagi aku kena belajar la..Khamis ni aku ujian FPK..sekarang ni semua perkara yang aku lakukan seperti makan ke, mandi ke, berak ke, pasti di kepala aku teringat FPK yang tercinta..kepada kengkawan yang seangkatan dengan aku..*GOOD LUCK ya...

Oh ya sebelum aku lupa..mulakan hari anda dengan senyuman dan berdoalah kepada Tuhan untuk memberkati hari anda..


Percaya dengan keajaiban yang ada pada sebuah senyuman..tapi jangan lebih-lebih pula tak pasal-pasal kena cop "GILA" kat kepala karang..hehehe..
=)


****************************************************

enjoy peeps
=)

heart ya all....
xoxoxo....
misstiaralittleworld....



Created by ctridzana