|
Lakaran Si Pena : Penat
Keindahan dunia itu nyata tetapi tidak bagi si dia. Duka bagaikan bersahabat dengan dirinya. Tidak pernah sekali pun senyuman terlakar di bibirnya yang comel itu. Anak matanya yang indah itu bagaikan kehilangan cahaya. Ini semua berpunca daripada kejadian itu. Ya.. Kejadian yang melemparkan ia ke lembah duka yang tiada penghujungnya. Berapa kali si dia mencuba untuk keluar dari lembah itu tetapi apakah daya tiada siapa pun yang pernah menghulurkan tangan buat dirinya. Saban hari bahkan saban waktu dia ditemani air mata. Ketakutan yang si dia alami tiada siapa pun yang tahu. Dia tidak bersendirian.. Dia dikelilingi oleh manusia yang busuk hatinya. Manusia yang hanya pandai bermuka, menghina dan ada juga yang cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya. Mereka hanya pandai melihat pada luaran tidak pada dalaman. Mereka pandai mengata tetapi tidak kah mereka sedar kepincangan diri mereka sendiri? Apakah salah si dia? Si dia juga ingin hidup seperti yang lain. Si dia pun ingin bergembira..ingin bahagia.. tetapi hanya kerana KEJADIAN itu si dia terus diperlakukan seperti sampah..bahkan lagi teruk dari sampah.. Si dia ingin lari.. lari jauh dari semua itu.. lari dari pandangan mata-mata yang sinis.. lari dari mulut yang hanya pandai mengeluarkan hinaan dan cemuhan. Penat..ya Dia telah penat.. Bebaskan dia... maafkan dia.. kerana DIA TIDAK BERSALAH. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ WARKAH UNTUK SEMUA, " Selamat Tinggal semua.. MAafkan diri ini kerana menyusahkan kalian. Jujurnya, aku sudah lelah dengan semua ini. Biarkanlah aku pergi..Pergi jauh dari kalian.Terima kasih untuk semuanya. Ketahuilah bahawa aku pun seperti kalian. Punya perasaan dan maruah diri. Biarlah untuk kali terakhir ini aku mampu tersenyum. Tersenyum pada dunia ciptaan Tuhan yang indah. Andai kalian terjumpa warkah aku ini, maknanya aku tiada lagi di dunia yang fana ini. " - lara - ______________________________________ Ini hanya rekaan.. Percubaan untuk menulis.. Maaf kalau tidak menarik.. Selamat Membaca ^ _______ ^ Si Pelakar Pena Labels: nukilanku |