Lakaran Si Pena : Penat
Keindahan dunia itu nyata tetapi tidak bagi si dia.
Duka bagaikan bersahabat dengan dirinya.
Tidak pernah sekali pun senyuman terlakar di bibirnya yang comel itu.
Anak matanya yang indah itu bagaikan kehilangan cahaya.
Ini semua berpunca daripada kejadian itu.

Ya..
Kejadian yang melemparkan ia ke lembah duka yang tiada penghujungnya.
Berapa kali si dia mencuba untuk keluar dari lembah itu tetapi apakah daya tiada siapa pun yang pernah menghulurkan tangan buat dirinya.
Saban hari bahkan saban waktu dia ditemani air mata.
Ketakutan yang si dia alami tiada siapa pun yang tahu.

Dia tidak bersendirian..
Dia dikelilingi oleh manusia yang busuk hatinya.
Manusia yang hanya pandai bermuka, menghina dan ada juga yang cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Mereka hanya pandai melihat pada luaran tidak pada dalaman. Mereka pandai mengata tetapi tidak kah mereka sedar kepincangan diri mereka sendiri?

Apakah salah si dia?
Si dia juga ingin hidup seperti yang lain.
Si dia pun ingin bergembira..ingin bahagia..
tetapi hanya kerana KEJADIAN itu si dia terus diperlakukan seperti sampah..bahkan lagi teruk dari sampah..

Si dia ingin lari..
lari jauh dari semua itu..
lari dari pandangan mata-mata yang sinis..
lari dari mulut yang hanya pandai mengeluarkan hinaan dan cemuhan.


Penat..ya Dia telah penat..             
Bebaskan dia...
maafkan dia..
kerana
DIA TIDAK BERSALAH.





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

WARKAH UNTUK SEMUA,

" Selamat Tinggal semua.. MAafkan diri ini kerana menyusahkan kalian. Jujurnya, aku sudah lelah dengan semua ini. Biarkanlah aku pergi..Pergi jauh dari kalian.Terima kasih untuk semuanya. Ketahuilah bahawa aku pun seperti kalian. Punya perasaan dan maruah diri. Biarlah untuk kali terakhir ini aku mampu tersenyum. Tersenyum pada dunia ciptaan Tuhan yang indah. Andai kalian terjumpa warkah aku ini, maknanya aku tiada lagi di dunia yang fana ini. "

-  lara  -




______________________________________

Ini hanya rekaan..
Percubaan untuk menulis..
Maaf kalau tidak menarik..
Selamat Membaca
^ _______ ^

Si Pelakar Pena


Labels:

Hancurnya sebuah hati
Malam yang sunyi terganggu dek bunyi ringtone yang menandakan ada pesanan rigkas masuk dalam telefon bimbitku. Aku dapat agak pesanan itu dari siapa kerana aku sengaja meletakkan ringtone itu khas untuk orang tersebut. 





Setelah membaca pesanan itu aku terdiam dan senyuman yang menghiasi bibirku hilang serta merta. Tidak diriku sangka bahawa orang yang selama ini aku sanjung dan sayang telah mempermainkan perasaanku hanya kerana dia telah jatuh hati dengan teman sekampusnya.




Hatiku tidak dapat aku bendung lagi. Jiwa aku meronta kerana perasaan yang ada dalam jiwa aku bercampur aduk kini. Pengorbanan yang telah aku berikan pada dirinya telah dia lupakan. Apakah salahku? setiap permintaan di bibir si dia aku tunaikan bahkan aku sanggup membuang masa dan wang ringgit untuk membahagiakan dia. 

Namun terbukti kini cinta aku tidak bererti buat dirinya. Satu minggu percutian yang aku harapkan untuk menjadi memori indah kini bertukar menjadi duka. Manakah silapnya seorang aku? Salahkah diriku memanjakan dirinya dengan kemewahan? Tapi andai dia sudah tidak suka aku sanggup melepaskannya. Ini kerana aku tidak sanggup untuk menanggung kesakitan yang dialami oleh aku sekarang ini. Biarlah dia bahagia dengan orang itu.


Selamat tinggal sayang...

_________________________________________

Ini nukilan seorang aku..pincangnya banyak dan seandainya cerita ini serupa akan kisah anda sepuluh jariku mohon kemaafan.

Cinta itu suatu yang indah pada mulanya tapi tetap sama kesudahannya iaitu kelukaan yang terlampau abstrak tetapi sakitnya menusuk pedih.
Cinta jangan disanjungi kerana ia mampu menhiris hati dengan kejamnya.

Jangan abdikan diri pada cinta!
Cinta kepada agama dan keluarga itulah yang terbaik.

"enjoy reading peeps"

misz tiara..

Labels:

Cerita Seorang Aku
  Aku ialah aku tidak mungkin ada duanya. Dunia seorang aku penuh dengan ragam manusia yang pelbagai dan sejujurnya ragam-ragam itu telah mewarnakan personalitiku. Dulu aku seorang gadis kampung yang mindanya seperti katak di bawah tempurung kerana tidak berkembang dek tinggal di kawasan pedalaman yang nun jauh dari pembangunan. Dulu aku seorang gadis yang polos dan mudah terpengaruh oleh teman dan masa mudaku telah aku persiakan. Teman yang dulunya aku utamakan melebihi keluargaku telah lari bergelimpangan meninggalkan aku di saat aku memerlukan sokongan insan yang bernama teman.

   Ya manusia begitu cepat berubah walaupun telah bertahun-tahun lamanya bersama dalam setiap hal. Teman yang dulu menjadi penyeri hidupku telah menikam aku dari belakang. Pedihnya hati saat itu hanya Tuhan saja yang tahu. Hidupku menjadi tidak terurus dan berendam air mata mengenangkan teman yang pergi di saat hari pentingku mengunjung tiba. Pelajaran aku turut terganggu hingga semasa hari penting itu aku tidak mampu buat dengan baik.

   Namun sudah takdir Tuhan yang Maha Esa, seorang aku telah berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah institut yang menjadi rebutan ramai orang. Syukur dan terus bersyukur kerana seorang aku mampu untuk menjadi salah seorang daripada berjuta-juta colan diterima masuk ke institut tersebut. Dari situ tanggungjawab aku telah berubah, dari seorang gadis yang dulunya hanyut dengan godaan dunia kini menjadi lebih dewasa demi menyanjung nama orang tuaku. Dapat aku lihat senyum bangga yang menghiasi bibir tua ayah dan bondaku kerana anaknya telah berjaya. 

   Di tempat baru aku bertemu dengan pelbagai manusia dan mereka ini sedikit sebanyak telah melakar warna dalam kanvas hidupku. Adat dunia jikalau ada pertemuan di situ ada perpisahan. Manusia datang dan pergi dalam hidupku dan pemergian mereka telah menginggalkan kesan yang begitu mendalam dalam jiwaku. Semua itu aku simpan kemas di dalam kotak memoriku dan akan ku kongsikan kelak dengan anak-anakku. 

   Cerita seorang aku tidak berhenti di sini kerana selagi nyawa di kandung badan akan ada cerita baru dalam hidup ini. Perjalanan seorang aku masih jauh dan aku mengorak langkah satu persatu menaiki tangga kerjayaan. Doa dari keluargaku membuatkan aku masih gagah meneruskan perjuangan aku ini bersama dengan teman-teman yang senasib denganku.


nukilan,
misz tiara..


Labels:

Created by ctridzana