Tokoh Matematik India
|
Tokoh-Tokoh Matematik |
Terdapat banyak tokoh matematik di dunia ini dan termasuklah di India. Salah seorang tokoh yang menyumbang dalam pembelajaran Matematik ialah Srinivasa Aiyangar Ramanujan (22/12/1887 - 26/4/1920)
|
Srinivasa Aiyangar Ramanujan |
Beliau merupakan seorang ahli matematik yang berasal dari India yang telah dianugerahkan jolokan "
The Greatest Mathematician of 20th Century". Pada awalnya, beliau belajar secara bersendirian tanpa pendidikan dan latihan formal dalam bidang matematik tulen. Namun begitu, beliau telah memberikan sumbangan besar terhadap Analisis Matematik, Siri Infinit dan Pecahan Berterusan.
Latar Belakang :
- Dilahirkan dan dibesarkan di Erode, Tamil Nadu, India.
- Belajar matematik secara formal pada usia 10 tahun.
- Pada usia 12 tahun - berjaya menguasai Trigonometri
- Beliau telah mencipta teori-teori beliau tersendiri
- Pada usia 17 tahun, beliau telah menjalankan kajian matematik tentang Nombor Bernoulli dan Konstan Eular-Mascheroni.
Hayat beliau di dunia ini singkat, namun begitu secara peribadi beliau telah mengumpulkan 3900 penyelesaian matematik terutamanya bagi tajuk identiti dan persamaan. Kebanyakan teori Ramanujan dibuktikan benar pada hari ini.
Labels: info