Bila Hati berbicara

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Entry kali ni berbaur emosi yang bercelaru..
ya..
kecelaruan berlaku dalam diri aku sekarang nie..
Pening kepala aku memikirkannya..

Aku bukan seorang gadis yang mudah jatuh cinta..
ya..
entry ni pasal cinta dan diriku.

Tidak dinafikan aku mempunyai ramai kawan yang tidak sama jantina dengan diriku
tapi
mereka hanya berstatuskan kawan.
kalau difikirkan semula
boleh dihitung dengan jari keseriusan aku terhadap mereka.

Bukan apa..
bila aku mula untuk serius
ada je halangan dan akhirnya hubungan itu retak.
aku tidak pandai dalam hal seperti ini tapi akulah tempat luahan hati mereka.

Sepanjang mengenali mereka dan mendengar luahan hati mereka
sedikit sebanyak memberikan aku kesedaran bahawa aku bukanlah seorang yang boleh dijadikan pemaisuri hati.
Status aku hanyalah layak untuk bergelar seorang teman.

Oleh itu
aku tidak berani untuk bermain dengan perasaan kerana aku tahu pada akhir kisah itu aku yang akan terluka.
ya..
aku memang pengecut..
aku takut..
takut untuk disakiti kerana luka itu masih ada.

Garapan ini bukanlah ditulis untuk menangih simpati
tetapi sekadar untuk meluahkan 
apa yang terpendam di hati.

Inilah seorang yang bernama aku !

................................................................................................................

Labels:

Created by ctridzana