Kisah Si Selipar
Er...low (hello)..hehe
ok entry kali nie adalah entry sebelum tidur..

...............................................................................

Ini kisah Si Selipar
Si Selipar ni kan tiba-tiba 'terluka' semasa tuannya pergi memborong barang di bandar..
yew la Mr Ela telah ada kan
so berdating la tuan Si Selipar dengan Mr Ela..
(ok Mr Ela tu ialah income budak-budak yg sengkek duit)

Gambar yang diambik sehari sebelum kejadian..
konon nak protes Mr Ela lambat kuar
tapi balik jew bilik dapat khabar Mr Ela ada dah..

Kejadian yang malang ini berlaku pada hari Jumaat
selepas Mr Ela mengajak tuan Si Selipar berjoli di bandar.
Tapi yang menariknya..
Si Selipar mampu untuk bertahan pada minit-minit terakhir tuannya habis berjoli dan  menguruskan Mr Ela..
Tiba saja di bilik barulah Si Selipar dalam keadaan kritikal..

Namun begitu,
disebabkan jasanya dan layanan yang terbaik telah diberikan
tuannya pun menjadi 'doktor' untuk menyelamatkan Si Selipar daripada menghebuskan nafas terakhirnya..

Inilah Kejadian di Bilik Bedah :

Inilah Si Selipar

Keadaan Si Selipar yang kritikal

Inilah ubat untuk penyambungnya Si Selipar
Ditaja oleh jiran tuan Si Selipar

Saat-saat mendebarkan..
Tuannya berusaha untuk membantu Si Selipar

Menunggu dengan penuh kesabaran..

Masih Menunggu  Keputusan Hasil Pembedahan Si Selipar

Keadaan tangan tuan Si Selipar semasa proses penyelamatan

Akhirnya keadaan Si Selipar Kembali Stabil

Si Selipar masih bertahan dan ingin berjasa terhadap tuannya dalam jangka masa yang lama..

Si Selipar tersenyum puas
kerana motto hidupnya
"Senyum Jikalau Tuan Senyum"
p/s : abaikan kaki tuan selipar yg buruk itu ok !
......................................................................................................................................................

" Terima Kasih Si Selipar kerana masih mampu bertahan denganku..
Aku tahu kamu memahami keadaan aku dan keadaan Mr Ela yang semakin kurus..
Terima Kasih juga kerana "nazak" dalam perjalanan aku balik dari berjoli dengan Mr Ela..
Kaulah yang paling terbaik dan memberi kepuasan kepadaku..
Aku sayang kamu Si Selipar "


Yang Sangat Terharu,
mizs tiara





Labels:

Created by ctridzana