|
Santai sejenak bersama Cik Lepat Pisang
:: Kisah dari Cik LP :: Noda-Noda Hina Aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong, aku masih ingat nama itu. Dialah yg memiliki kami. Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong. Joe menghampiri dan membawa aku pergi.Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang. Alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa. Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku. Dilurut-lurutnya berkali-kali. Namun apakan daya, sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku.Joe menghela nafas panjang.. bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku.. apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis. Suasana sepi seketika.. Joe senyap tanpa sebarang bicara.. entah berapa kali jam ditangan direnunginya..Sayup2 kedengaran beberapa suara.. seakan menghampiri kami.. Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu.. Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu.. renungan yg dipenuhi nafsu serakah.. Joe memperkenalkan aku padanya.. Roy. begitu jugak dengan yg lain2. Jack, Poie dan sigemuk itu.. Agi. Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara turkutuk tadi dilakukan lagi. dari tangan ke tangan aku berpindah. aku dikucup.diisap, diramas sepuas-puasnya. aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya.. seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.. tubuh ku di kecap mereka sepuas hati..dan akhirnya. setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang. maruah hidupku hancur.. Begitulah kisah ku.. AKU SEPUNTUNG ROKOK ************************************************************************** Senario Perkahwinan Awal Perkahwinan Isteri : "Jom kita pergi shopping" Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.." Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Jom kita pergi shopping" Suami : "Abang ada hal lain kali yek.." Penghujung perkahwinan Isteri : "Jom kita pergi shopping" Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.." Awal Perkahwinan Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.." Suami : "OK..no problem.." Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.." Suami : "Awak tak boleh masak ke ?" Penghujung perkahwinan Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.." Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang" Awal Perkahwinan Isteri : "Ayang mengandung.." Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.." Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Abang tolong buat susu anak.." Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.." Penghujung perkahwinan Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.." Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..." Awal Perkahwinan Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.." Suami : "OK..no problem.." Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.." Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.." Penghujung perkahwinan Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.." Suami : "Awak tak boleh buat keee.." Awal Perkahwinan Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?" Suami : "Apa yang ayang inginkan.." Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?" Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?" Penghujung perkahwinan Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?" Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..." Awal Perkahwinan Isteri : "Ayang tak pandai masak.." Suami : "OK..no problem.." Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang" Suami : "Awak ni pemalas laaa.." Penghujung perkahwinan Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.." Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.." ********************************** Selamat membaca ye..Cik LP sayang korang.. ;) heart ya all.... xoxoxoxo.. misstiaralittleworld... Labels: tak kering gusi |