Santai sejenak bersama Cik Lepat Pisang
ELOW...ELOW..
CIK LP DALAM RUMAH (in the house)...
hehehehe...

Nah kaki-kaki blog sekalian..hari nie Cik LP nak *berkahkahkah (maksudnya ketawa la) dengan anda semua..ni Cik LP bawakan lagi kisah-kisah lucu dari pelbagai sumber..
Apa lagi mari sakitkan perut anda dan keringkan gusi tu..

********************************************************************
1. Tersalah Rendam


Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.

Pemuda : Tok,saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia.Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti.

Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki.Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti.

Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh.

Bomoh : Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya.

Pemuda : Bagaimana caranya tok ?

Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.

Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam.

Pada malam pertamanya,tok bomoh juga berada dirumahnya.Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat.Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut.Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih.Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.

Bomoh : Kenapa cepat sangat..?

Pemuda : Saya punya memamng panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja...?

Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?

Pemuda : Sudah tok.Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh.

Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ?

Pemuda : ????????? Mustika Ratu - Slimming Tea tok...

--------------------------------------------------------------------------------------

2. Selepas Kena Baru Bagitau

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu ! 

--------------------------------------------------------------------------------

3. Penakut

Tambi baru balik daripada bermain futsal..tambi ni seorang yang penakut..Dalam perjalanan balik..dia lalu di sebuah jalan yang gelap...
tiba2 dia terbau sesuatu yang sangat wangii..Dia pun mulalah teringat tentang kisah hantu yang orang kampung dia slalu crita..
Si tambi ni pun dah ketaq teloq2..sebab takut....pastu dia ternampak seorang awek cun melecun sampai seluar dia pun melecun...
Bila dia ternampak je awek tu..dia tros lupa tentang rasa takut dia..Dia pun tegur la awek tu.."Hi Cik Adeq..Nak p mana tu?"
Awek ni pon balas.."Saya Nak ke pekan"..."Ohhh...Mai abang Hantaq..",
"Terima kasih Bang Sebab sudi hantar".."Ala Perkara kecik je tu..masa awek tu baru nak nek..dia teringat balik tentang kisah hantu tu...
Dia pon apa lagi..Pecutttt tros la....Bila Sampai kat pekan...dia Tengok awek tu da xdak..Si Tambi ni tros pengsan!
"Bodo Punya Laki..!Aku tak sempat naik lagi,dia dah pecut..Huisssh!!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4.  Kalau abang meninggal / kalau ayang meninggal

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…
-------------------------------------------------------------------

5. Kentut dalam kelas

Ajoi seorang murid yang agak nakal. Satu hari dia kentut dengan bunyi yang sangat kuat dengan bau yang hampeh menyengat segera menyebar di dalam kelas. Mana taknya pagi tu dia sarapan telur rebus 2 biji.Baik punya!

Spontan saja Cikgu Amira menyuruh dia keluar kelas sambil memarahinya, tapi Ajoi ketawa terbahak-bahak nyaris berguling-guling. Guru Besar yang berdekatan kelas 6 Raya (kelas si Ajoi ni) terdengar suara Ajai ketawa berdekah-dekah tu, lalu keluar menyiasat apa yang berlaku.

Guru Besar: Ada apa ni Ajoi? kamu tertawa terbahak-bahak di luar kelas??

Ajoi: Lihatlah Cikgu, kesian kawan-kawan saya tu. Mereka sedang menikmati bau kentutku di dalam kelas. Nasib baik Cikgu Amira tu bijak dan menyuruh saya keluar kelas dengan udara yang lebih segar

-----------------------------------------------------------------------

6. Dilema seorang lelaki bergelar DOKTOR

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

“Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

“Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

“Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan"

****************************************************

ehhhehh...Cik LP tengok ada yang dah menggulingkan diri mereka tu..di harap bersabar ye..jumpa di hari lain..

enjoy peeps...
;)

misstiaralittleworld...
xoxoxo...

Labels:

Created by ctridzana