Cerita Seorang Aku
  Aku ialah aku tidak mungkin ada duanya. Dunia seorang aku penuh dengan ragam manusia yang pelbagai dan sejujurnya ragam-ragam itu telah mewarnakan personalitiku. Dulu aku seorang gadis kampung yang mindanya seperti katak di bawah tempurung kerana tidak berkembang dek tinggal di kawasan pedalaman yang nun jauh dari pembangunan. Dulu aku seorang gadis yang polos dan mudah terpengaruh oleh teman dan masa mudaku telah aku persiakan. Teman yang dulunya aku utamakan melebihi keluargaku telah lari bergelimpangan meninggalkan aku di saat aku memerlukan sokongan insan yang bernama teman.

   Ya manusia begitu cepat berubah walaupun telah bertahun-tahun lamanya bersama dalam setiap hal. Teman yang dulu menjadi penyeri hidupku telah menikam aku dari belakang. Pedihnya hati saat itu hanya Tuhan saja yang tahu. Hidupku menjadi tidak terurus dan berendam air mata mengenangkan teman yang pergi di saat hari pentingku mengunjung tiba. Pelajaran aku turut terganggu hingga semasa hari penting itu aku tidak mampu buat dengan baik.

   Namun sudah takdir Tuhan yang Maha Esa, seorang aku telah berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah institut yang menjadi rebutan ramai orang. Syukur dan terus bersyukur kerana seorang aku mampu untuk menjadi salah seorang daripada berjuta-juta colan diterima masuk ke institut tersebut. Dari situ tanggungjawab aku telah berubah, dari seorang gadis yang dulunya hanyut dengan godaan dunia kini menjadi lebih dewasa demi menyanjung nama orang tuaku. Dapat aku lihat senyum bangga yang menghiasi bibir tua ayah dan bondaku kerana anaknya telah berjaya. 

   Di tempat baru aku bertemu dengan pelbagai manusia dan mereka ini sedikit sebanyak telah melakar warna dalam kanvas hidupku. Adat dunia jikalau ada pertemuan di situ ada perpisahan. Manusia datang dan pergi dalam hidupku dan pemergian mereka telah menginggalkan kesan yang begitu mendalam dalam jiwaku. Semua itu aku simpan kemas di dalam kotak memoriku dan akan ku kongsikan kelak dengan anak-anakku. 

   Cerita seorang aku tidak berhenti di sini kerana selagi nyawa di kandung badan akan ada cerita baru dalam hidup ini. Perjalanan seorang aku masih jauh dan aku mengorak langkah satu persatu menaiki tangga kerjayaan. Doa dari keluargaku membuatkan aku masih gagah meneruskan perjuangan aku ini bersama dengan teman-teman yang senasib denganku.


nukilan,
misz tiara..


Labels:

Created by ctridzana