|
Dia Idolaku
Hari ini aku khaskan entry ni untuk orang yang sangat2 berharga untuk diri aku.. Dia bukan seorang yang mempunyai pangkat mahupun nama.. Dia seorang yang sangat penyayang, caring, pelawak dan sangat tegas dalam semua hal.. :: Dia ialah idolaku:: Dia ialah daddyku.. Ya... Ayah kepada kami adik-beradik.. HAri ini ialah hari jadi Dia yang ke 47 "Selamat HAri JAdi Daddy =))" Hari ni juga aku sangat terharu kerana coursemate aku sanggup untuk menyanyikan lagu "Happy Bufday" untuk daddy.. Aku sangat terharu sampai mengalirkan air mata.. maaf perasaan tu tak dapat aku bendung lebih-lebih lagi aku tahu daddy pun mengalirkan air mata kerana sangat terharu.. Aku jauh di negeri orang demi membawa balik segulung ijazah untuk membanggakan orang tuaku.. Itulah hadiah yang bermakna untuk daddy mahupun mummyku.. Yang membuatkanku menangis untuk kesekian kalinya ialah kerana perbualan kami :: Aku : Daddy epi bufday.. Daddy : Tq my sweet daughter.. Aku : Daddy nak hadiah apa? Daddy : Daddy tidak mahu apa2..yang daddy mahukan semua anak daddy sihat dan dapat belajar dengan rajin2.. Doakan daddy sihat jew.. Aku : Ok daddy (mnangis sudah masa ni) +++++++++++++++++++++++++ Kepada Daddyku yang paling best di dunia ni.. Terima kasih kerana bersusah payah membesarkan kami.. WE LOVE U SO MUCH!! mizs tiara... =] Labels: FAMILY |