
|
|
They are my angles
Today entry i dedicate it to my angles.. They are the apple of my eyes.. Being with them make my life so colourful and fill with joy. I love them more than i love my self because they are my soul. They are my crazy siblings.. ========================================== Lets the pictures tell the stories of us :: Crazies siblings i ever had ::
======================================================= mizs tiara.. Labels: FAMILY Alpanya insan yang bergelar ANAK
"SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU".. Sering kali kita mendengar ucapan ini zahir dari mulut semua orang...IBU...ya...wanita yang telah banyak berkorban nyawa dan tenaga menjaga kita...tanpa dia siapalah kita...tanpa dia tak mungkin kita mcelikkan mata di dunia yang fana ini...Kasih ibu hanya satu...kasih ibu suatu yang murni..tapi...kita sebagai seorang anak sering lupa...sering alpa akan orang yang telah membesarkan kita... Seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak..tapi adakah sepuluh orang ank itu mampu menjaga seorang ibu?? Ya bukan semua ibu di dunia ini baik..tapi siapalah kita sebagai seorang anak untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka...Jahat mana pun mereka..dia tetap ibu kita..ibu yang telah mengandungkan kita...ibu yang telah sedarah...dan berkongsi degupan jantung dgn kita selama 9 bulan.. 9 bulan...bukanlah masa yang singkat...9 bulan banyak yang telah diharungi oleh insan yang bergelar ibu...masa muda kita dijaga bagai menatang minyak yang penuh...tapi mengapa dihari tua mereka tidak diperlakukan sebegitu oleh kita yang bergelar seorang anak?? Kenapa wujudnya RUMAH WARGA EMAS??? jikalau rumah anak yatim untuk anak2 yang tiada ibu mahupun bapa..jadi rumah warga emas ini kerana mereka tiada anak???..errmm..mungkin sesetengah daripada mereka ya..tiada zuriat...tapi dlm era globalisasi ini banyak ibu bapa yang di hantar ke rumah ini oleh anak mereka dengan alasan tiada masa untuk menjaga golongan ini... Wahai insan yang bergelar anak...biar berhempas pulas anda mencari rezeki di luar sana..biar bergunung harta dlm simpanan anda tapi apa gunanya jika PERMATA yang tuhan anugerahkan anda lempar bahkan tidak dipandang sekalipun seakan PERMATA itu jijik lagi dari sampah sarap?? Ikutilah kisah seorang anak yang alpa ini; "Saat di taman kanak-kanak, ibu menghantar hingga masuk ke dalam kelas,ibu perlu menunggu di sebelah sana. Aku tak peduli sebanyak manapun pekerjaannya di rumah, aku tak perduli hujan, panas atau rasa bosannya ketika menunggu. Aku senang ibu menungguku sampai lonceng berbunyi. Setelah besar, aku sering meninggalkannya bermain dengan teman-teman dan berseronok.Tak pernah aku menemani ibu ketika sakit, ketika ibu memerlukan pertolongan aku tak pernah ada. Masuk alam remaja, aku sering merasa malu berjalan bersama ibu. Pakaian dan dandannyaku anggap kuno dan tak serasi dengan penampilanku. Bahkan sering kali aku sengaja mendahuluinya berjalan satu dua meter di depannya agar orang tak menyangka aku bersamanya... malu!.. Padahal ibu yang menjagaku sejak kecil, tak pernah memikirkan penampilannya, tak pernah membeli pakaian baru , apalagi perhiasan baru untuknya tapi ibu gunakan untuk membelikanku pakaian yang bagus-bagus agar aku kelihatan cantik. Ibu mengangkat tubuhku ketika aku jatuh, membasuh luka di kaki dan mendekapku erat-erat saat aku menangis. Mulai masuk di Intitut pengajiaan tinggi, aku makin jauh dengannya. Aku pintar dan cerdas sering kali menganggap ibu orang bodoh dan tak mengerti apa-apa. Ibu yang ku anggap bodoh, tak berwawasan , tak mengerti apa-apa, dan bukan orang berpendidikan, doa di setiap sujudnya, pengorbanan dan cintanya tak pernah terhenti sedetikpun untuk anak-anaknya. Semua kenangan itu muncul satu persatu di fikiranku. Dalam linangan air mata yang sudah terlambat, terus mengalir kedukaan dan penyesalan. Dan anda sekarang yang masih mempunyai ibu disamping jangan menjadi seperti aku....seperti ku dulu, memilih untuk memberikan perhatian padanya nanti,tapi sudah terlambat.Benar bahawa kasih Ibu kepada anaknya tak terbatas.....pengorbanan ibu jika dihitung takkan terbalas oleh seorang anak.." Sedarlah wahai insan yang bergelar seorang anak..janganlah kita memperlakukan ibu bapa kita dengan zalim sekali...tanpa mereka kita tidak dapat merasai kehidupan di dunia ini...jangan sesekali menderhaka kepada ibu bapa kita..merekalah HARTA kita yang sungguh mulia.. "You don't choose your family. They are God's gift to you, as you are to them." ~Desmond Tutu Renung-renungkan lah.. =) mizs tiara.. =] Labels: FAMILY Dia Idolaku
Hari ini aku khaskan entry ni untuk orang yang sangat2 berharga untuk diri aku.. Dia bukan seorang yang mempunyai pangkat mahupun nama.. Dia seorang yang sangat penyayang, caring, pelawak dan sangat tegas dalam semua hal.. :: Dia ialah idolaku:: Dia ialah daddyku.. Ya... Ayah kepada kami adik-beradik.. HAri ini ialah hari jadi Dia yang ke 47 "Selamat HAri JAdi Daddy =))" Hari ni juga aku sangat terharu kerana coursemate aku sanggup untuk menyanyikan lagu "Happy Bufday" untuk daddy.. Aku sangat terharu sampai mengalirkan air mata.. maaf perasaan tu tak dapat aku bendung lebih-lebih lagi aku tahu daddy pun mengalirkan air mata kerana sangat terharu.. Aku jauh di negeri orang demi membawa balik segulung ijazah untuk membanggakan orang tuaku.. Itulah hadiah yang bermakna untuk daddy mahupun mummyku.. Yang membuatkanku menangis untuk kesekian kalinya ialah kerana perbualan kami :: Aku : Daddy epi bufday.. Daddy : Tq my sweet daughter.. Aku : Daddy nak hadiah apa? Daddy : Daddy tidak mahu apa2..yang daddy mahukan semua anak daddy sihat dan dapat belajar dengan rajin2.. Doakan daddy sihat jew.. Aku : Ok daddy (mnangis sudah masa ni) +++++++++++++++++++++++++ Kepada Daddyku yang paling best di dunia ni.. Terima kasih kerana bersusah payah membesarkan kami.. WE LOVE U SO MUCH!! mizs tiara... =] Labels: FAMILY Chenta hatiku
Malam yang sunyi membuatkan diriku teringat akan orang rumah nun jauh di sana.. mereka apa khabar? dah makan ke belum? semua persoalan mnerjah otakku ini.. Jauh merantau ke tempat orang bagi menimba ilmu biar penuh di dada.. biar pulang membawa kbanggaan buat insan2 yang telah berkorban untuk diriku.. yang sanggup bertungkus lumus untuk menunaikan permintaanku.. Masih segar dalam ingatan ku pergorbanan yang di lakukan oleh tubuh tua ibu dan ayahku.. mereka ke sana ke mari meminta pertolongan bagi menghantar diriku yang meneruskan pelajaran ke tempat orang..Aku ingat lagi mutiara jernih yang mengalir di pipi permaisuri hatiku ketika berpisah dengan aku..senyum manis raja hatiku.. Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada kedua orang tuaku.. tanpa kamu siapalah aku.. kasih sayangmu tak mampu ku balas.. pengorbananmu tersangatlah besar.. Hanya doa yang mampuku kirim buat masa ini.. semoga kalian sentiasa sihat.. kerana :: AKU SAYANG PADA KALIAN! :: ~kalian sumber kekuatanku~ =] Pesanan mummy ngan daddy suatu ketika dahulu ; "Ingatlah anakku, kita tidak punya harta seperti orang lain. Hanya pelajaran yang mampu memberi kesenangan padamu. Kami tidak minta banyak, cukuplah kamu keluar menjada insan yang berjaya. Jadilah kakak yang baik pada adikmu kelak kerana anakku, kami sudah tua dan tidak selamanya kami bersama kalian. Mummy n Daddy sayang kamu" ------------------------------------------
mizs tiara.. =] Labels: FAMILY Well Mike =]
Latest news from me.. well not really bout' me.. today entry i dedicate it to my little brother who not so little..hehehe
---------------------------------------------------- He is our one and only little brother.. well now he 15 Years Old.. oh yeahh..this year is his big year.. coz he gonna sit for PMR next month.. which are only 1 weeks to go.. seriously.. i'm the one who getting stress than my brother.. urrmm..maybe that what big sister should feel..'i guess'..hehehe but the saddest part is that i cant be there to give him strength or motivate him personally.. i just talk with him through cell phone..::lame:: i rather run out phone credit that leave him alone..because i had been through the same situation as him.. i dont he feel that no one care about him.. im so far away from home.. aiyah..which i could be there on his big day.. but what to do.. i had other commitment which are my study (Y___Y) anyway.. wish him good luck.. pray for him and everyone else.. =)=) i bet right now he look like this: Good luck to all for their ; ::PMR:: misztiara.. =) Labels: FAMILY |