Malas
Malas.... Ya malas....
makin hari hidup terasa makin membosankan walaupun hakikatnya kerja berlambak-lambak merayu minta disiapkan... hai sang hati kenapa sekarang terasa macam semakin lembik bagai tidak menerima oxygen dari udara-udara yang masuk ke rongga hidung...

Wahai Mr Rajin...ke mana perginya dirimu? sanggup meninggalkan diriku yang memerlukan walaupun sisa-sisa jasamu untuk menaikkan tulang temulang jemari bagi menaip kerja-kerja yang telah lama berkulat dek tidak disentuh.

Sang otak pun terasa penat walhal tidak banyak aktiviti minda yang dijalankan. Mungkin..ya mungkinkah penat melayan karenah anasir-anasir yang menyesakkan minda serta membuatkan ruangan hidup ini terasa sempit dek perangai mereka yang tidak pernah habis.


Wahai Encik Sabar...bertahanlah selagi mampu supaya sang hati masih boleh tenang meneruskan hidup yang penuh dengan dramanya tersendiri.

Oh dunia! ingin diri ini berteriak agar kalian tahu apa yang terkandung dalam isi hati serta pemikiran ini. Ingin diri ini menyatakan bahawa AKU BOSAN,PENAT DAN MALAS BERHADAPAN DENGAN SANG INSAN YANG TALAM DUA MUKA !!



Ikhlas dari ;
Sang Hati Yang Penat !

Labels:

Created by ctridzana