
|
|
Malas
Malas.... Ya malas....makin hari hidup terasa makin membosankan walaupun hakikatnya kerja berlambak-lambak merayu minta disiapkan... hai sang hati kenapa sekarang terasa macam semakin lembik bagai tidak menerima oxygen dari udara-udara yang masuk ke rongga hidung... Wahai Mr Rajin...ke mana perginya dirimu? sanggup meninggalkan diriku yang memerlukan walaupun sisa-sisa jasamu untuk menaikkan tulang temulang jemari bagi menaip kerja-kerja yang telah lama berkulat dek tidak disentuh. Sang otak pun terasa penat walhal tidak banyak aktiviti minda yang dijalankan. Mungkin..ya mungkinkah penat melayan karenah anasir-anasir yang menyesakkan minda serta membuatkan ruangan hidup ini terasa sempit dek perangai mereka yang tidak pernah habis. Wahai Encik Sabar...bertahanlah selagi mampu supaya sang hati masih boleh tenang meneruskan hidup yang penuh dengan dramanya tersendiri. Oh dunia! ingin diri ini berteriak agar kalian tahu apa yang terkandung dalam isi hati serta pemikiran ini. Ingin diri ini menyatakan bahawa AKU BOSAN,PENAT DAN MALAS BERHADAPAN DENGAN SANG INSAN YANG TALAM DUA MUKA !! Ikhlas dari ; Sang Hati Yang Penat ! Labels: EMOSIKU Longkang Busuk !
Tengok tajuk entry guwa.. LONGKANG BUSUK Yang sebenarnya guwa buka nak bercerita berkaitan dengan longkang.. itu satu perumpamaan jew ok.. Awas! Entry kali ni agak mencapub (ayt popular kat kelas) so kalau rasa diri tu lemah semangat baik korang blah awal... sebab hari ni penulisan guwa berunsur 18sg! ok fine... --------------------------------------------------- Longkang busuk walaupun telah wangi tetap akan disebut longkang busuk juga " wah longkang busuk ni wangi dah" Faham atau x? pasti korang xfaham kan! Sebenarnya guwa nak mencabup tentang mulut! bukan pasal bau mulut tapi ayat2 busuk yang terkeluar dari mulut tu... Guwa rasakan tersangat la sayang kalau belajar pandai2 tp dingamkan dengan mulut longkang busuk! sorry la bukan guwa nak jaga tepi kain orang tapi entah kenapa guwa sangat...sangat...dan tersangat menyampah dengar! well bukan guwa nak cakap guwa ni baik.. guwa ni jahat sangat ok! guwa ni org yang suka mencabup.. guwa ni org yang xhigh class.. tapi sekurang-kurangnya guwa respect org dan fikir perasaan orang lain.. kalau lu tak boleh ubah sikap lu tu baik lu Kalau terasa tu... diam2 jew la ok.. well saja jew nak memberi pendapat yang xseberapa ni.. Yang Tidak Sebijak Anda, Labels: EMOSIKU K.E.R.J.A.S.A.M.A
Ok.. Entry guwa kali ni berbaur 18SG ! hahaha...SG la sangat kan ----------------------------------------------- Entah kenapa ya manusia ni tidak mau memahami satu sama lain? Kenapa perlu ada sikap tidak puas hati antara satu dengan yang lain? Kenapa perlu ada sindiran-sindiran dan kata-kata "manis" keluar dari bibir seseorang? Kenapa...Kenapa dan Kenapa? Ok guwa sebenarnya tidak berapa berkenan la dengan sikap sesetengah manusia yang lepas tangan dalam tanggungjawab masing-masing.. Oh no bukan guwa perfect ! tapi kalau dah namanya KERJASAMA perlulah beri sumbangan untuk bahagian anda kan. Ok pada dasarnya idea siapakah tema KERJASAMA itu? guwa rasa bukan idea guwa sebab guwa tau guwa bukan orang yang mampu untuk memberikan KERJASAMA! Oh ya kan.. itu idea majoriti.. ohh demm boleh pula guwa lupa ya! Cuma disini kenapa majoriti tu tidak menunjukkan semangat KERJASAMA?? kenapa ya? tertanya-tanya guwa.. Oh mungkin majoriti banyak kerja kan. tapi macam sama juga kan sebab guwa rasa kerja guwa sama jak ngan majoriti... Bukan guwa nak rajin.. sebab guwa ni pemalas.. pemalas ok!! Huh ! entah apa la yang guwa merepek ni.. tapi guwa penat nak layan karenah manusia yang ada di sekeliling guwa.. sebab karenah guwa sendiri pun guwa tak terlayan.. Guwa yang annoying, mizs tiara Labels: EMOSIKU Bila Hati berbicara
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^ Entry kali ni berbaur emosi yang bercelaru.. ya.. kecelaruan berlaku dalam diri aku sekarang nie.. Pening kepala aku memikirkannya.. Aku bukan seorang gadis yang mudah jatuh cinta.. ya.. entry ni pasal cinta dan diriku. Tidak dinafikan aku mempunyai ramai kawan yang tidak sama jantina dengan diriku tapi mereka hanya berstatuskan kawan. kalau difikirkan semula boleh dihitung dengan jari keseriusan aku terhadap mereka. Bukan apa.. bila aku mula untuk serius ada je halangan dan akhirnya hubungan itu retak. aku tidak pandai dalam hal seperti ini tapi akulah tempat luahan hati mereka. Sepanjang mengenali mereka dan mendengar luahan hati mereka sedikit sebanyak memberikan aku kesedaran bahawa aku bukanlah seorang yang boleh dijadikan pemaisuri hati. Status aku hanyalah layak untuk bergelar seorang teman. Oleh itu aku tidak berani untuk bermain dengan perasaan kerana aku tahu pada akhir kisah itu aku yang akan terluka. ya.. aku memang pengecut.. aku takut.. takut untuk disakiti kerana luka itu masih ada. Garapan ini bukanlah ditulis untuk menangih simpati tetapi sekadar untuk meluahkan apa yang terpendam di hati. Inilah seorang yang bernama aku ! ................................................................................................................ Labels: EMOSIKU I LoVe U BeB!
*u had make me realize something important and then u became one of that important things! mizs tiara Labels: EMOSIKU untitled entry
:: Special Update on My Emotion :: mizs tiara.. Labels: EMOSIKU Emosi Aku Hari Ini!
AKU SANGAT2 MENYAMPAH DENGAN SESEORANG! Labels: EMOSIKU |