|
Santai sejenak bersama Cik Lepat Pisang
Erlow...erlow..Cik LP here.. apa khabar saudara-saudari?? Sihat?? Sakit?? baiklah macam biasa...Cik LP akan bawakan cerita-cerita yang mencuit hati kita.. Marilah bergelak ketawa..lupakan seketika masalah yang membeban jiwa anda semua.. enjoy ;) ***************************************************************** 1. Hadiah Hari Guru Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok. Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan. Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana? Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh.. Murid-murid: Ohh…. begitu.. Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu …. Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak! Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas. Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat????? Mamat: Ha….aaa (dengan bangga) Cikgu: Ayah kamu kerja apa? Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu. Cikgu: Patutlah. -------------------------------------------------------------------- 2. Harta Pusaka Nenek Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya. Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..." Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek). Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek." Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?" Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya." Rahmat : "?????" -------------------------------------------------------------------- 3. Umur Tinggal Enam Bulan Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi. "Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?" Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari". Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?" "Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah." --------------------------------------------------------------------- 4. Tidak Akan di Hukum Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya ? Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya. Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam. ----------------------------------------------------------------- 5. Saksi Dalam satu perbicaraan kes bunuh,seorang doktor mengesahkan kematian mangsa dipanggil sebagai saksi. Peguam: "Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak memeriksa denyutan nadi mangsa?" Saksi: "Tidak." Peguam: "Denyutan jantungnya, awak periksa?" Saksi: "Tidak." Peguam: "Pernafasannya?" Saksi: "Tidak." Peguam: "Jadi, ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagi lelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?" Saksi: "Saya tandatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas meja lain di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati!" ------------------------------------------------------------------------------------ :: Apa Kata Gambar ::
************************************************************* ENJOY PEEPS ;) Labels: santai jew |