Bila Hati Kita Tak Senada
Wahai Sang Pencinta..

Hati kita tidak senada
Masing-masing mulai mengalunkan rentak yang berbeza
tidak seharmoni dulu kala..

Adakah nada ini akan terus berbeza hingga hilang rentak yang sama?

Wahai Sang Pencinta..

Bila kelak sang hati mulai mengubah rentaknya
maka
Nada itu akan hilang...
hilang dek keegoan dan kekerasan oleh Sang Hati.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ketahuilah wahai Sang Pencinta

Bukan diri ini tidak suka...
Bukan diri ini tidak sayang..

TAPI


CINTA buat mereka lebih berharga bagi diri ini..
CINTA mereka ada di kala diri ini senang mahupun susah..
CINTA mereka juga ubat pada kekuatan dalam diri ini..

Jadi mustahil bagi diri ini untuk kehilangan atau mengabaikannya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Wahai Sang Pencinta..
andai Melodi yang kita cipta terhenti di sini..
mohon ku hanyalah satu
jangan ada dendam dalam hati
kerana
ketahuilah wahai Sang Pencinta 
bahawa hati kita memang tidak akan senada lagi..


------------------------------------------------------------------------------
Coretan Hati ,
Si Pemilik Blog




Created by ctridzana