Bila selsema melamar aku
Hari ni bersamaan dengan 20/8/2011
suara aku sangat rock..
sampai nak bercakap pown suara cam segan jew nak keluar dari bibir ku yang seksi nie (terlebih perasan nie)
huhuhu...

Nak dijadikan cerita sebenarnya dari semalam lagi tekak aku rasa tidak selesa..gatal semacam je..macam nak garu-garu jew di sebalik kulit tekak aku nie..
Sebenarnya..
keadaan aku tak lah teruk sangat pagi semalam..
masih mampu bercakap secara normal..
tapi aku ni terlampau degil..

Semalam aku ngan kengkawan aku melepakkan diri di bandar Tawau..
sebelum merayau-rayau di bandar..
si dia ada call..
mulalah aku "memanjakan" diri dengan si dia dan bagitau keadaan aku..

pesanan si dia semalam :
"JANGANLAH MINUM AIR SEJUK OK"

Tapi aku nie bukan la seorang yang mematuhi arahan..saja je cari nahas..
time berbuka puasa dengan member (aku ikut org puasa taw..nak diet kunun)
suka suki jew aku meng'order' air Tembikai + Laici..
sedap siot...aku order saiz XL lg tu..fuhh...nafsu makan tu memang..

makan..makan..minum..minum...
memang sedap...
tapi..
dalam masa setengah jam..
suara aku mula la menjadi penyanyi rock bahkan mengalahkan penyanyi rock..
garau!!
malu siot..jalan2 dengan suara yang garau...

then..
pagi tadi..mummy col...
boleh pula dia ingat anak dara dia ni lelaki..
ikutilah perbualan kami berdua ::

mummy : hello..
aku : hello...mu.. (belum habis cakap lagi)
mummy : sapa ni?? mana anak aku?? ( nada yang ganas )
aku : la..mummy ni aku la...
mummy : la anak aku rupanya..ingatkan lelaki tadi..(dia gelak)

lepas 5 minit terus la dia menadah telinga dengar mummy membebel...tak cukup ngan mummy...si dia pula membebel..lebih-lebih lagi selepas aku tak dengar cakap dia..
selalu jew dia menyindir..cakap suara aku mengalahkan penyanyi rock la..apa la..
terus aku pun menyesal..hehehehehe..sumpah lepas ni kena dengar apa orang cakap...hehehe


*****************************
Peeps..take care of yourself k..
dont be like me..
hehehhe..
*****************************

misstiaralittleworld..
xoxoxo...


Labels:

Created by ctridzana